Jumaat, 24 Januari 2014

Wanita di dunia ini lebih baik daripada bidadari




Assalamualaikum. Pada zaman Rasulullah dahulu;
Ummu Salamah bertanya kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah adakah wanita di dunia ini lebih baik daripada bidadari?
Rasulullah menjawab: Ya. Wanita di dunia ini lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.
Ummu Salamah bertanya lagi: Apakah maksud kamu ya Rasulullah?
Baginda SAW pun berkata: Dengan solat, puasa dan ibadah mereka, Allah akan memberikan ganjaran dengan memasangkan kepada mereka wajah yang bercahaya, jasad mereka dipakaikan dengan sutera, berpakaian warna hijau serta memakai perhiasan yang berwarna kuning. {Riwayat At-Thabrani}
Jadi, wahai bakal syurga sekalian, dari dulu lagi Rasulullah dah menyatakan bahawa wanita itu lebih baik daripada bidadari.
Sabda Rasulullah: Harta yang paling bernilai di dunia ini adalah wanita solehah. {HR Muslim}

seorang wanita solehah bersamaan 1000 lelaki soleh. Dahsyat kan? Sangat dahsyat ya.
Allah berfirman: Wahai nabi, nasihatilah isteri-isteri kamu, anak perempuan kamu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka melabuhkan pakaian mereka hingga menutupi aurat mereka (ketika mereka keluar). Supaya mereka lebih dikenali (wanita yang baik). Maka dengan itu mereka tidak akan diganggu. Dan ingatlah, Allah itu maha pengampun dan pengasih. {Surah Al-Anfal:59}
Jadi, apa bekal kita menuju ke syurga? Apa bekalan kita nak masuk kubur? Apa bekalan kita nak menghadap Allah Azza Wa Jalla? Apa? Tumbok dada, tanya iman.
Penulis; @FitriNabihah

Khamis, 23 Januari 2014

Gangguan syaitan ketika sakratul maut



Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut.
Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.
Rombongan 1
Akan datang Syaitan dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat.
Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 2
Akan datang Syaitan kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati.
Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t., matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 3
Akan datang Syaitan mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi).
Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t.. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.
Rombongan 4
Akan datang Syaitan merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya
Rombongan 5
Akan datang Syaitan merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Syaitan,
berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.”

Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.
Rombongan 6
Akan datanglah Syaitan merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali.
Lalu datanglah pula Syaitan yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?”
Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”
Berkata ulamak Syaitan: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah s.w.t. hendaklah kamu patuh kepada kami.”
Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Syaitan bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu:
“Bagaimanakah Zat Allah?” Syaitan merasa gembira apabila jeratnya mengena .
Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. “
Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.
Berkata Syaitan: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”
Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya.
Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”
Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.
Rombongan 7
Rombongan Syaitan yang ketujuh ini Syaitan terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad s.a.w. bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.
Ketahuilah bahawa Syaitan itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Syaitan dan Iblis yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.
Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”



Hukum nonton wayang di pawagam





Soalan : Adakah dibenarkan untuk kita pergi menonton di panggung wayang dan menonton filem-filem biasa yang ditayangkan? Adakah dibenarkan untuk kita menonton filem-filem lucah walaupun hanya sekadar gambar dan bukan tubuh badan yang sebenar? Apakah tanggungjawab kita terhadap muslim yang menonton filem-filem seperti ini, adakah kita mencegah dan melarangnya ataupun membiarkan mereka menonton apa yang mereka mahu?
Jawapan : Adalah dibenarkan untuk kita pergi ke panggung dan menonton filem-filem yang bermanafaat (seperti dokumentari) dengan syarat barisan antara penonton perempuan di dalam dewan hendaklah diasingkan dari penonton lelaki. Keadaan ini samalah seperti kita menghadiri seminar. Ia dibenarkan dengan syarat hendaklah ada pengasingan antara penonton lelaki dan perempuan.
Namun begitu, meskipun di bolehkan menonton wayang dengan syarat yang dinyatakan di atas, adalah lebih baik sekiranya dielakkan, supaya mata tidak terlihat aurat wanita yang hadir menonton dan juga telinga tidak akan mendengar suara-suara yang tidak enak dari para penonton didalam panggung wayang itu.
 untuk kita pergi ke panggung dan menonton filem-filem yang bermanafaat (seperti dokumentari) dengan syarat barisan antara penonton perempuan di dalam dewan hendaklah diasingkan dari penonton lelaki. Keadaan ini samalah seperti kita menghadiri seminar. Ia dibenarkan dengan syarat hendaklah ada pengasingan antara penonton lelaki dan perempuan.

Namun begitu, meskipun di bolehkan menonton wayang dengan syarat yang dinyatakan di atas, adalah lebih baik sekiranya dielakkan, supaya mata tidak terlihat aurat wanita yang hadir menonton dan juga telinga tidak akan mendengar suara-suara yang tidak enak dari para penonton didalam panggung wayang itu.
Manakala menonton filem-filem yang berunsur lucah atau filem seksi adalah diharamkan sama sekali, walaupun sekadar gambar-gambar dan bukan susuk tubuh badan yang sebenar kerana kaedah syarak dalam hal ini ialah “sesuatu perkara yang menjurus kepada keharaman, maka hukumnya adalah haram” Ini bermaksud, apa sahaja perkara yang walaupun belum benar-benar pasti menjurus kepada keharaman, tetapi mempunyai kebarangkalian boleh membawa kepada keharaman, juga sudah mencukupi untuk dinyatakan sebagai haram hukumnya.

Secara umumnya, kebanyakkan filem-filem sebegini akan menjerumuskan si penontonnya kepada perbuatan yang mengandungi unsur-unsur haram jadi kaeadah syarak ini terkena pada semua filem seksi, filem berunsur seks dan filem lucah. Maka dengan sebab itu, adalah diharamkan untuk menonton, mahupun membeli filem-filem sebegini.
Merujuk kepada persoalan bagaimanakah caranya syabab berhadapan dengan kaum muslimin yang menonton filem sebegini, seperti yang diketahui, sebahagian daripada mereka yang menonton filem seperti ini adalah orang yang rendah pemikirannya yang tidak menurut perintah dan larangan Allah kecuali orang-orang yang mempunyai belas kasihan Allah.
Namun sekiranya syabab mempunyai kaedah pencegahan yang rasional biarkan mereka menggunakannya. Mungkin orang yang mengajukan soalan ini, maksudkan perkara ini berlaku dikalangan kaum keluarganya dan dia merasa sedih dengan perbuatan mereka maka seharusnya dia membimbing mereka untuk menjauhi perbuatan ini. Didalam kes ini hendaklah dia melarang mereka dengan kaedah yang benar dan berharap Allah akan membimbing mereka ke jalan yang benar dan InsyaAllah dia akan diberikan ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT kelak.

Pandangan 4 mazhab tentang aurat wanita






Maliki
Semua badannya, kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah(harus) didedahkan muka dan dua tapak tangannya di jalan dan di hadapan lelaki ajnabi,tetapi dengan syarat aman daripada fitnah. Jika ditakuti fitnah, maka wajib ditutup
Hambali
Ada dua qaul :
  1. Semua badannya kecuali muka dan dua tapak tangan. Muka dan dua tapak tangannya halal dilihat lelaki ajnabi, jika aman daripada fitnah. Tetapi wajib ditutup sekiranya ditakuti mendatangkan fitnah.
  2. Semua badannya, tampa kecuali. Ini berdasarkan kepada satu riwayat daripada Iman Ahmad dan inilah qaul yang paling sahih.
Syafi’i
Ada dua qaul berdasarkan dua riwayat daripada Iman Syafi’i :
  1. Semua badan, tanpa kecuali. Inilah qaul yang paling sahih atau paling nyata atau mu’tamad, sebagaimana diterangkan oleh Ibnu Hajar al-Haytamiyy di dalam az-Zawajir dan Al-Baydawiyy di dalam Tafsirnya dan juga para Ulama’ Syafi’iyah.
  2. Semua badan, melainkan muka dan dua tapak tangan. Mubah didedahkan muka dan dua tapak tangan di hadapan lelaki ajnabi dengan syarat aman daripada fitnah. Wajib tutup muka dan dua tapak tangan itu bukan kerana ianya aurat, tetapi kerana menutup pintu fitnah dan fasad.
Hanafi
Ada dua qaul, derdasarkan dua riwayat daripada Iman Abu Hanifah :
  1. Semua badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah di dedahkan muka dan dua tapak tangan di jalan dan di depan lelaki ajnabi dengan syarat aman dari fitnah. Jika ditakuti mendatangkan fitnah atau membawa kepada fasad, maka wajib ditutup.
  2. Semua badannya, kecuali muka, dua tapak tangan dan dua qadam (iaitu tapak kaki) dan pergelangannya.

Sumber: Ustaz Nor Amin

Bab Nikah (Syarat sah nikah)





Rukun-rukun nikah dan syarat-syarat sah nikah.
Rukun Nikah :
1.Calon suami (lelaki)
2.Calon isteri (perempuan)
3.Wali
4.Saksi
5.Ijab dan Kabul (akad)

Syarat-syarat calon suami (lelaki):
1.Bukan mahram dengan bakal isteri
2.Dengan pilihan sendiri (tidak sah jika dipaksa)
3.Lelaki yang tertentu
4.Mengetahui bahawa perempuan itu boleh dinikahi
5.Bukan dalam ihram haji
6.Tidak beristeri empat

Syarat-syarat calon isteri (perempuan):
1.Bukan mahram dengan bakal suami
2.Hendaklah bakal isteri itu tertentu
3.Dengan rela hati (bukan dipaksa kecuali anak gadis)
4.Tidak di dalam ihram haji
5.Benar-benar perempuan (tidak khunsa)
6.Bukan isteri orang dan tidak dalam idah

Syarat-syarat wali :
1.Islam
2.Baligh
3.Berakal
4.Merdeka
5.Lelaki
6.Adil
7.Tidak cacat akal
8.Tidak dalam ihram
9.Tidak dari orang-orang yang muflis

Susunan wali :
1.Bapa
2.Datuk lelaki dari pihak bapa perempuan
3.Adik-beradik lelaki seibu dan sebapa
4.Anak saudara lelaki dari adik-beradik seibu sebapa hingga ke bawah
6.Adik-beradik lelaki sebapa
7.Anak saudara lelaki dari adik-beradik lelaki sebapa hingga ke bawah
8.Bapa saudara seibu sebapa hingga ke atas
9.Bapa saudara dari sebelah bapa
10.Anak lelaki dari bapa saudara seibu sebapa (sepupu) hingga ke bawah
11.Anak lelaki dari bapa saudara yang dari pihak bapa (sepupu)
12.Raja (pemerintah)

Syarat-syarat saksi:
1.Islam
2.Baligh
3.Berakal
4.Lelaki
5.Merdeka
6.Adil
7.Boleh melihat (tidak buta)
8.Boleh mendengar (tidak pekak)
9.Mempunyai daya ingatan
10.Memahami bahasa yang digunakan ketika akad
11.Bukan tertentu yang menjadi wali.
(Misalnya, bapa saudara lelaki yang tunggal. Katalah hanya ada seorang bapa saudara yang sepatutnya menjadi wali dalam perkahwinan itu tetapi dia mewakilkan kepada orang lain untuk menjadi wali sedangkan dia hanya menjadi saksi, maka perkahwinan itu tidak sah kerana dia dikira orang tertentu yang sepatutnya menjadi wali.)

Syarat-syarat Ijab dan Kabul:
1. Syarat ijab:
i.Hendaklah dengan perkataan nikah atau dengan perkataan yang sama erti dengan terang tepat.
ii.Tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan waktu yang terbatas dan tertentu (misalnya nikah kontrak).
iii.Tidak dengan taklik.
iv.Lafaz daripada wali atau wakilnya.
Contoh lafaz ijab: “Aku nikahkan dikau dengan ….. binti …. (pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak …… (RM) tunai.”

2. Syarat kabul:
i.Tidak diselangi dengan perkataan lain di antara ijab dan kabul (lafaz akad).
ii.Lafaz kabul (terima) tidak tertaklik.
iii.Tidak mengandungi perkataan yang terbatas waktunya.
iv.Hendaklah disebut nama isteri.
v.Lafaz kabul hendaklah sesuai dengan lafaz ijab.
vi.Hendaklah terang dan nyata, bukan sindiran.
Contoh lafaz kabul: “Aku terima nikahnya si Polan binti si Polan dengan mas kahwin sebanyak sekian-sekian RM tunai
Sumber 

Perkara yang membatalkan solat

  1. Batal wudu 
  2. Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut).
  3. Terbuka Aurat.
  4. Melangkah, tiga langkah berturut-turut.
  5. Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang.
  6. Tertawa terbahak-bahak.
  7. Bercakap, berkata-kata dengan sengaja.
  8. Berubah Niat.
  9. Mendahulu Imam sampai dua rukun.
  10. Meninggalkan rukun Sembahyang

Rokok? Haram ke!?




SETIAP SESUATU PERKARA ITU DIANTARA 3 KEADAAN :
1. Mengandungi mudharat,tidak ada maslahat(kebaikan) sama sekali.
2. Mempunyai maslahat,tidak ada mudharat sama sekali.
3. Mengandungi mudharat dari satu sisi dan mudharat di satu sisi yg lain.

KAEDAH FIQH : Sesuatu yang mngandungi mudharatnya sama banyak dengan maslahatnya atau mudharatnya lebih besar dari maslahatnya,maka hukumnya adalah HARAM,berdasarkan sabda Nabi s.a.w :
لا ضرر ولا ضرار

“Tidak ada mudharat diri sendiri dan tidak ada memudharatkan orang lain”

Demikian juga maksud firman Allah:
“Dan janganlah kamu mncampakkan dirimu ke dalam kebinasaan.”
(Al-Baqarah ayat 195)

Mudharat dari kesan merokok telah diakui oleh sebilangan besar Doktor-doktor di dunia,sehinggakan kemudharatan merokok ini sudah boleh dianggap sebagai sesuatu yang “disepakati” dikalangan para doktor.Ekoran dari keadaan rokok yang banyak memberi kesan buruk kepada manusia,maka ramai ulama-ulama mula berijtihad dalam menyatakan hukum rokok itu adalah HARAM.

Fatwa Semasa Status Hukum Merokok :
1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.

3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lajnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram adalah pendapat yang kuat.
4. Syeikh Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu mantan Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya.Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.
6. Ulama terkenal masa kini Dr Yusof Qaradhawi juga telah menfatwakan bahawa merokok adalah HARAM disisi agama.

7. Di Malaysia,Muzakarah Jawatankuasa Fatwa,Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

8. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

9. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.

10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.

11. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa,Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.

Sumber: Minda Kini


Ciri-ciri wanita idaman lelaki



Antara ciri-ciri wanita idaman lelaki adalah:
1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam.
2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Dia tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki.
3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang mempunyai sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.
4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan kerana wanita akan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan dirinya. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.
5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia atau dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.
6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka mencuci mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita itu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.
7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan boleh menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.
8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.
9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri wanita sejuk mata Memandang adalah:
- Bersopan satun.
- Sentiasa memaniskan wajah.
- Sentiasa memberikan senyuman yang ikhlas.
- Menutup aurat.
- Tidak terlalu cemburu.
- Menghormati orang lain

Sumber

12 kaum yang diazab oleh Allah



Dalam al-Quran, banyak diceritakan kisah umat terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah kerana mereka mengingkari utusan dan perintahNya. Berikut adalah kaum-kaum yang telah dibinasakan oleh Allah.
1. Kaum Nabi Nuh – Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh (al-Ankabut: 14).
2. Kaum Nabi Hud – Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Lalu Allah mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (at-Taubah: 70, al-Qamar: 18, Fushilat: 13, an-Najm: 50, Qaf: 13).
3. Kaum Nabi Saleh – Nabi Saleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka (al-Hijr: 80, Hud: 68, Qaf: 12).
4. Kaum Nabi Luth – Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan homoseksual dan lesbian, iaitu hanya mahu berkahwin dengan pasangan sesama jenis. Kendati pun sudah diberi peringatan, mereka tak mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri (al-Syu’ara: 160, an-Naml: 54, al-Hijr: 67, al-Furqan: 38, Qaf: 12).
5. Kaum Nabi Syuaib – Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah karena mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perdagangan. Apabila membeli, mereka minta dilebihkan dan apabila menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Kendatipun mereka berlindung di tempat yang teduh, hal itu tidak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa. (at-Taubah: 70, al-Hijr: 78, Thaaha: 40, dan al-Hajj: 44).
Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pepohonannya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah). (al-Hijr: 78, al-Syu’ara: 176, Shad: 13, Qaf: 14).
6. Firaun – Kaum Bani Israel sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku sebagai tuhan. Firaun akhirnya maut di Laut Merah dan jasadnya tidak reput dan telah ditemui oleh ahli arkeologi moden. Hingga kini masih boleh disaksikan di muzium mumia di Mesir (al-Baqarah: 50 dan Yunus: 92).
7. Ashab Al-Sabt – Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (al-A’raf: 163).
8. Ashab al-Rass – Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Sesetengah riwayat mengatakan, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (ada pula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan karena mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam sumur sehingga mereka dibinasakan Allah (al-Furqan: 38 dan Qaf : 12).
9. Ashab al-Ukhdudd – Ashab al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman dicampakkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang tengah menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT (al-Buruj: 4-9).
10. Ashab al-Qaryah – Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Antaqiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (Yasin: 13).
11. Kaum Tubba – ’Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat ingkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air (ad-Dukhan: 37).
12. Kaum Saba – Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan bendungan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim). (Saba: 15-19).

Sabtu, 18 Januari 2014

Taubatnya Abu Hurairah Ra





Kisah yang kami sajikan ini merupakan salah satu dari kisah-kisah islami yang banyak mengandung hikmah dan pelajaran yang bisa kita ambil. Harapan kami, semoga kisah atau cerita tersebut dapat memotivasi kita semua agar kehidupan kita lebih baik lagi dimasa-masa yang akan datang. 
Silahkan menikmati kisah islami yang insya Allah menarik ini:



Taubatnya Abu Hurairah Ra

Dari Abu Hurairah, ia berkata, "Pada suatu malam setelah salat Isya saya keluar bersama Rasulullah saw. Tiba-tiba di hadapanku ada seorang wanita bercadar yg sedang berdiri di tengah jalan, seraya berkata, "Wahai Abu Hurairah! Sesungguhnya aku telah melakukan perbuatan dosa besar. Apakah masih ada kesempatan bagiku untuk bertobat?" 

Lalu saya tanya wanita itu, "Apakah dosamu itu?" 
Dia menjawab, "Aku telah berzina dan membunuh anakku dari hasil zina itu." Kukatakan padanya, "Kau telah binasakan dirimu dan telah binasakan orang lain. Demi Allah, tidak ada kesempatan bertobat bagimu." 

Mendengar jawabanku, wanitu itu menjerit histeris dan jatuh pingsan. Setelah siuman dia pun lantas pergi. Aku berkata di dalam hati, "Aku berfatwa, padahal Rasulullah saw. ada ditengah-tengah kami?"

Pada pagi harinya aku menemui Rasulullah dan berkata, "Wahai Rasulullah! Tadi malam ada seorang wanita meminta fatwa kepadaku berkenaan dengan ini…. dan ini…." Setelah mendengar penjelasan aku, beliau bersabda, "Innaa lillahi wa inna ilahi raajiun! Demi Allah, celakalah engkau dan telah mencelakakan orang lain. Tidakkah kau ingat ayat ini : "Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertobat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. Al-Furqaan:68-70)

Maka aku keluar dari sisi Rasulullah saw. dan berlari menyusuri gang-gang jalan Madinah, sambil bertanya-tanya, "Siapakah yg bisa menunjukkan aku kepada seorang wanita yang meminta fatwa kepadaku tentang begini dan begini tadi malam?" Sementara anak-anak bersorak, "Abu Hurairah sudah gila!" Hingga menjelang larut malam, baru aku menemukannya di tempat itu. 

Maka kuberitahukan segera pada wanita itu seperti apa yang dikatakan Rasulullah saw. bahwa dia boleh bertobat. Wanita itu kembali menjerit kegirangan seraya berkata, "Kebun yg kumiliki akan kusedekahkan kepada orang-orang miskin karena dosaku."

Jumaat, 17 Januari 2014

Aurat





"AURAT, JANGAN AMBIL MUDAH."
Assalamualaikum. Asif, dah 2 minggu ana lambat post. Asif ya tuan bos.
Itu mukadimah aje ekeke. Ok lah, ana straight jelah. Ok?
Aurat, rasanya semua orang tahu apa itu aurat. Semua orang tahu. Ha, dah tu kenapa tak tutup aurat?
Ana agak, semua dah tahu apa hukum dedah aurat. Haram, bukannya makruh. Jadinya siapa yang nak disalahkan? Salahkan pelakunya atau solat?
Salahkan pelakunya. Kalau nak salahkan solat, ramai orang solat elok je dia tutup aurat.
Aurat wanita seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat lelaki bermula dari pusat hingga ke lutut.
Ramai orang kemain marah sebab wanita tak tutup aurat, tapi tak sedar lelaki pakai seluar atas lutut pun berdosa.
Bukan ana nak bela wanita yang dedah aurat. Tapi sepatutnya, aurat itu sama. Tak kisah sama ada pelakunya lelaki atau perempuan. Tetap berdosa.
Hei manusia, susah sangat ke nak tutup aurat? *tersedak*
Hei manusia, apakah kau rela dibakar di neraka kelak? *jatuh kerusi*
Hei ayah juga abang, nasihatlah anak, isteri serta adik, kakak mu, agar kamu selamat di akhirat kelak.
"Wahai anak perempuan, wahai isteri, wahai kakak, wahai adikku sayang, tidakkah engkau merasa bersalah akan perbuatanmu? Kamu tidak mencuri, kamu tidak mengambil rasuah, tapi kamu mendedahkan aurat. Tidakkah engkau merasa bersalah?"

Sesi soal jawab dengan UAI :)




Semua ini diambil dari Sesi soal jawab di kuliah Ustaz Azhar Idrus. Oleh kerana, jawapan yang diberikan oleh UAI sangat panjang. Saya telah mencuba untuk meringkaskan nya dan mengubah suai sedikit. Oleh itu, cara jawapan yang ditulis bukan semestinya sama seperti cara UAI Sampaikan. Walau bagaimana pun, hukum yg dikhabar oleh beliau yg dikhabar adalah tetap sama.

1. Soalan "Lepas SOLAT Baru Perasan AURAT Terbuka"

J: Jika selepas dia beri Salam Dan perasan bahawa Seluar dia koyak dan auratnya terbuk. Maka solat dia tidak sah Oleh itu mesti ulang Balik. 

2. Soalan "saya telah berzina dulu. Jika suami baru sya paksa saya untuk jawab saya penah zina ke tk. Mcm mana?"

J: Kata "tidak" walaupun buat. Ini tipu Sunat sebab tidak membesarkan masalah.

3. Soalan "ambil wudu secara bogel. Sah?"

J: sah sebab memakai pakaian bukan dalam syarat sah wudu'. Syarat sah wudu' mcm menggunakan air mustamal dll.

4. Tauhid 20 sifat atau Tauhid Ruhubiyyah, Uluhiyyah dan asma wa sifat. Mana yg betul?

J: Dua-dua itu betul sebab mereka dari ulama'. Ini cuma cara kite belajar Tauhid dgn mudah. Yg penting kite dapat tauhid kan Allah.

5. Betul ke membaca yasin x3 pada malam nisfu Syaban bukan dari Sunnah?

J: Tidak Ada sembarang hadis yang menyuruh kita untuk membaca yasin. Oleh itu, kite tidak boleh niat ikut Sunnah. Kalau nk buat, niat kite hanya nk membaca Quran. Siapa yg amalkan akan diberikan pahala.

6. Apa hukum buat rancangan tv "pilihan Ustazah"?

J: mmg tk boleh sebab menunjukkan wanita tu walaupun dia tutup aurat. Orang lelaki yg tengok plak tu. Jadi lain pulak

7. Apa hukum mewarnakan rambut ?

J: syarat nk warnakan rambut ada 2.
1. Rambut itu mesti beruban dlu
2: Pastikan pewarna itu tidak menghalang rambut dari air.

Jika tidak ada uban maka tidak boleh. Bagi perempuan yg beruban, Sunat warnakan rambut sebab mencantikkan untuk suami. Haram kalau buat untuk Tarik perhatian ajnabi.

8. Apa hukum plastic surgery?

J: Kalau kerana kemalangan, ulama' kata harus. Tetapi jika dah molek dan nak beri lagi cantik, haram hukumnya sebab mengubah ciptaan Allah.

9. Apa hukum sedekah kepada orang kafir?

J: Kalau sedekah itu tidak menyumbang kepada perkara yg haram, maka hukumnya harus. Lebih afdal jika kepada Muslim. Yang haram contoh nya mcm sedekah kepada temple2.

10. Apa hukum cukur rambut bagi perempuan?

J: Haram bagi perempuan yang sudah dewasa. Boleh bagi kanak2. Yang haram bagi dewasa adalah kerana ia menyerupai lelaki. Melainkan, darurat seperti hendak Buang penyakit.

11. Apa hukum sujud lama ketika solat jemaah?

J: Katakan dia sedang solat jemaah. Bile sujud terakhir, imam pun bangun Dan duduk tasyahud Akhir. Tetapi dia sedang sujud. Kalau imam tu sudah baca tasyahud Akhir sampai "Ash hadu alla ilahaillah." Batal solat dia. Kenapa? Sebab sengaja melambatkan. Oleh tu, cepat2 la bangun.

12. Apa nk buat kalau kite sedang solat zuhur di Akhir waktu, lalu apabila sedang solat azan Asar masuk? Nk batal kan atau terus kan?

J: Ulama' kata haram batalkan solat tu walaupun sudah masuk waktu. Sekiranya apabila dia sedang solat zuhur di rakaat yg ketiga lalu Asar masuk. Maka teruskan seperti biasa. Solat dia telah sah dan solatnya itu tunai. Tetapi Sekiranya dia sedang solat zuhur Dan belum lagi dapat satu rakaat. Maka niat harus tukar ke qadha. Wallahualam 

13. Sah tk wudu kalau ambil wudu sedangkan muka berminyak? Adakah minyak tu menghalang air itu?

J: Sah wuduknya sebab minyak itu dimaafkan. Minyak yang tidak boleh adalah minyak yang macam minyak Masak.

14. Apa hukum jimak dengan 4 isteri sekaligus?

J: Ulama' seperti imam Nawawi kata bahawa hukumnya haram. Oleh kerana, jimak memerlukan membuka aurat. Walaupun suami Dan isteri tidak ada aurat. Tetapi isteri dan madunya, wajib menjaga aurat mereka.

15. Sah tk solat kalau baca seperti tasyahud awal ketika tasyahud Akhir?

J: Bacaan tasyahud awal adalah hingga "Allahumma solli ala Muhammad." Maka jika dia membaca tashahud awal ketika tasyahud Akhir maka solatnya sah. Sebab rukun sah solat adalah membaca selawat atas Nabi saw sebelum Salam. Dan, Selawat "Allahumma solli ala Muhammad" sudah cukup. Tapi sunat kalau sambung hingga Selawat atas Nabi Ibrahim dan "fil alamina innaka hamidum majid"

16. Apa hukum bayar hutang bank? Wajib tk?

J: Tidak wajib bayar kalau tidak mampu. 

17. Apa hukum wanita muslimah muda baik tua pakai seluar jeans?

J: Wanita tidak haram memakai Seluar. Tetapi wanita wajib elak dari 2 perkara
1. Nampak warna kulit. Walaupun tidak ketat, tetapi kalau Jarang. Kalau Ada lubang? Tetap Haram
2. Seluar itu mengikut bentuk tubuh. Ketat. Maka hukumnya haram. 

Kalau dia elak ini 2 perkara maka hukum nya harus memakai Seluar.

18. Apa hukum wanita muslimah yang memakai jubah dan tudung labuh tetapi berwarna warni?

J: Hukumnya harus melainkan baju itu jarang dan boleh dilihat warna kulitnya. Atau pun ketat. Cuma ulamak galakkan memakai warna yang pudah-pudah supaya tidak menarik perhatian ajnabi.

19. Apa hukum orang kafir masuk masjid?

J: Hukumnya harus jikalau mengikuti dua syarat.
1. Dibenarkan masuk Oleh orang Islam.
2. Menjaga adab

20. Adakah wajib bagi orang yang baru masuk islam untuk solat?

J: wajib bagi dia untuk solat dengan apa yang dia tahu. Contoh, nk solat 5 waktu 
Tapi tk geti baca. Ulama Kata wajib dia berdiri, paling sedikit 5 minit. Kalau dia tahu baca tetapi ada banyak kesempurnaan maka itu dimaafkan.

21. Ibubapa bawak anak kecil ke surau. Lepas tu anak kecil tu buat bising, siapa tanggung dosa?

J: hukum membawa anak yang belum  mumayiz (belum tahu halal dan haram) adalah harus. Tetapi ibubapa tu harus menjaga dengan baik.

22. Wajib tak taat ibubapa yg kafir?

J: wajib selagi perintah ibubapa tu harus di hukum syarak. Tidak boleh taat kalau ibubapa tu suruh perkara yang haram . (Contoh: minum arak). Anak tu juga wajib hormat ibubapa nya walaupun kafir.

22. Adakah Adik beradik yang kafir juga dikirakan mahram?

J: Ye. Mahram itu tk kira agama. Wudhu tak akan batal kalau sentuh dengan ibu yang kafir. Hubungan dia dengan ibunya kekal sampai akhirat.

22. Apa hukum buat Tazkirah di tengah2 solat terawih? 

J: memang tidak sembarang hadis yang Nabi saw buat di tengah2 solat terawih. Walau bagaimana pun tidak Ada sembarang hadis yang melarang itu. Juga, Tazkirah adalah perkara yang baik maka hukumnya harus.

22. Batal tk solat kalau terketawa dalam solat?

J: Kalau sedikit maka dimaaf di sisi syarak. Tetapi kalau banyak sangat maka batal solatnya.

22. Apa hukum meminjam wang di bank yang Ada interest (riba')?

J: Hukumnya haram tetapi jika pinjaman itu darurat maka hukumnya boleh. Walau bagaimana pun, cuba lah ikhtiar untuk mengelak dari pinjaman itu. 

23. Apa hukum menerima duit rasuah?

J: yang memberi Rasuah Dan menerimanya dua dua dalam Api neraka.

24. Apa hukum simpan gambar bukan mahram

Harus kalau untuk keperluan kerja. Haram kalau simpan sebab nk hilangkan rindu bila tengok atau nk ambil kesedapan.

Akan ditambah lagi inshaAllah 

Wallahualam.